Rekod Sejarah-Dari Perubatan Ketepatan kepada Perubatan Avatar Perubatan Avatar

  • Sejak seawal tahun 1979, disebabkan kemajuan dalam bidang bioteknologi, para saintis telah berjaya memindah insulin yang diperolehi dari tubuh manusia ke dalam plastid Escherichia coli. Menerusi teknologi penggabungan semula genetik, Escherichia coli atau yis boleh dipergunakan untuk menghasilkan insulin untuk manusia, dan hal ini membolehkan organisme tersebut menjadi pengganti pertama yang menghasilkan insulin bagi pesakit yang mengalami penyakit diabetes.[3]
  • Pada tahun 2003, kemajuan dalam teknologi penjujukan DNA atau dalam bahasa Inggeris “DNA sequencing” membolehkan rancangan bagi penggabungan semula genetik manusia dapat direalisasikan. Manusia bukan setakat berjaya mentafsir urutan genetik, malah ujian genetik yang selanjutnya dapat dimanfaatkan dalam perubatan ketepatan untuk mengenal pasti hubungan tertentu antara mutasi gen dan penyakit. Terutamanya selepas kelahiran teknik “Next Generation Sequencing, NGS”, perkembangan dalam bidang yang berkaitan dengan biologi dan perubatan telah dipercepat dengan drastik, antaranya termasuklah pembaharuan dalam teknik menjalani kajian, pembangunan reagen ujian dan ubat baharu, serta pembinaan pangkalan data genetik peribadi yang lengkap sememangnya membawa maklumat yang bernilai kepada perkembangan perubatan peribadi untuk masa depan.[4]
  • Pada bulan Januari tahun 2015, bekas Presiden Amerika Syarikat, iaitu Barack Obama telah memperkenalkan Inisiatif Perubatan Ketepatan atau “Precision Medicine Initiative” semasa memberi ucapan negeri kesatuan, dan beliau juga komited untuk membina pangkalan data perubatan untuk berjuta-juta orang yang mengumpul maklumat seperti rekod perubatan,  maklumat genetik, tabiat hidup dan sebagainya bagi menggabungkan faktor gen semula jadi dan faktor persekitaran yang dialami oleh seseorang pesakit dengan data penyakit klinikal untuk menjalani rawatan yang dibezakan secara individu.
  • Dengan adanya kaedah ujian genetik yang memiliki sensitiviti yang tinggi, para saintis dapat menyempurnakan peralihan daripada klasifikasi kanser melalui tisu kepada klasifikasi kanser melalui molekul, gen pendorong (driver gene) yang menyebabkan mutasi sel biasa kepada sel barah dapat dikenal pasti, dengan itu, gen sasaran yang tepat dapat digunakan sebagai saluran utama bagi rawatan barah. Ubat sasaran mengandungi ubat bermolekul kecil dan antibodi monoklon. Ubat sasaran berbeza dengan ubat kemoterapi dari segi di mana ubat sasaran memiliki ketepatan yang tinggi, dan khusus untuk melawan sel barah yang berasal daripada mutasi gen tertentu serta tidak akan mempengaruhi atau mencederakan sel biasa, dengan yang demikian, kesan sampingan adalah secara relatifnya lebih kecil.[5] Contoh paling klasik rawatan kanser sasaran adalah melibatkan kanser paru-paru bukan sel kecil (non-small cell lung cancer, NSCLC), sebagai contoh, untuk mengatasi reseptor faktor pertumbuhan epidermis (Epidermal growth factor receptor. EGFR) yang dihasilkan secara berlebihan semasa mutasi EGFR-TK, perencat sesuai yang direka khas, iaitu EGFR-TKI (Erlotinib, Gefitinib, Afatinib, Qsimertinib) dapat meningkatkan kadar bagi kelangsungan hidup pesakit kanser paru-paru peringkat lewat.[6]
  • Pada tahun 2021, konsep dan falsafah perubatan avatar mula didorong, demi menyelesaikan masalah di mana perubatan sasaran pada masa sekarang masih berulang-alik antara analisis dan pengesahan data besar dan mekanisme biologi, oleh itu, adalah mustahil untuk mentafsir atau menjelaskan dengan sepenuhnya manifestasi klinikal pesakit. Hal ini menyebabkan kadar kejayaan pada masa kini masih kurang meyakinkan bagi rawatan kanser klinikal. Biasanya, keberkesanan rawatan hanya boleh diketahui selepas pesakit menerima pembedahan, hal ini bukan sahaja akan menyebabkan peluang keemasan rawatan terlepas, malah akan menyebabkan kesihatan terkorban disebabkan penggunaan ubat yang salah atau tidak berkesan, lalu memberi kesempatan untuk kanser. Oleh sebab itu,  konsep perubatan avatar adalah bukan untuk menggantikan perubatan ketepatan, tetapi untuk lebih mencerminkan dengan sepenuhnya penggunaan perubatan ketepatan atas dasar perubatan secara individu dan juga dengan bantuan beberapa alat ketepatan. Model pelbagai dan integrasi perubatan avatar dijangka akan menjadi trend baharu untuk merawat kanser dan juga penyakit-penyakit lain.